‘Ketua Kampung’ Terus Cakna Rakyat… Sumbangan Prihatin Menjelang Ramadan
PUTRAJAYA – Keprihatinan Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap kebajikan rakyat bukanlah sesuatu yang asing bagi komuniti Putrajaya.
Beliau yang lebih akrab dengan panggilan ‘ketua kampung’ sentiasa cakna malah sedar bahawa rakyat masih belum pulih daripada himpitan ekonomi ekoran pelbagai krisis dalam negara sebelum ini.
Untuk kesekian kalinya, Tengku Adnan yang menganggap warga Putrajaya sebagai satu keluarga besarnya telah meneruskan sumbangan prihatin bagi membantu meringankan beban rakyat.
Kali ini, sekali lagi sumbangan keseluruhan sebanyak 10,000 kampit beras dan 10,000 bungkus daging burger sejuk beku diedarkan sebagai persediaan bagi warga Putrajaya menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.
Untuk kesekian kalinya juga, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya menjadi pemudahcara bagi memastikan kelancaran pengagihan dilaksana dengan saksama buat warga tempatan.
Dalam masa yang sama, agihan dibuat ke Cawangan-cawangan dengan gerakan teratut yang dilaksana oleh ahali-ahli UMNO sebagai jentera penggerak.
Semoga ikhtiar dan bantuan yang dilaksanakan ini akan dapat meringankan bebanan yang terpikul di bahu rakyat. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.