Salam Ramadan… Moga Sama-sama Dapat Meningkatkan Ibadah
PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merakamkan ucapan Salam Ramadan kepada seluruh umat Islam terutamanya warga Putrajaya.
Beliau juga menzahirkan rasa syukur kerana dipertemukan kembali dengan Ramadan tahun ini.
“Alhamdulillah dipertemukan kembali dengan Ramadan tahun ini. Semoga kita diberikan kesihatan dan sama-sama dapat meningkatkan ibadah,” katanya dalam ucapan pendek menerusi media sosial beliau. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.