Sumbangan Kerusi Roda, Keprihatinan ‘Ketua Kampung’ Ringankan Beban
PUTRAJAYA – Keprihatinan pemimpin berjiwa rakyat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sememangnya tidak dapat disangkal khususnya dalam memastikan kebajikan warga tempatan terjamin.
Semalam, melalui Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang diketuai oleh Puan Husna Abd Rahaman, sumbangan kerusi roda telah dibuat kepada En Mohd Diah di kediamannya di Presint 9, di sini.
Sumbangan ini dilaksana bagi memudahkan pergerakan beliau ekoran keuzuran yang menimpa.
Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan dapat meringankan beban beliau sekeluarga dan terus tabah berdepan dugaan. – UMNOPutrajaya