Terima Kasih Serunding Viral Putrajaya, Ahli UMNO Penggerak Jentera Agih Sumbangan ‘Ketua Kampung’
PUTRAJAYA – Keprihatinan ‘ketua kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap komuniti setempat sememangnya bukanlah sesuatu yang asing malah ketibaan Ramadan menjadi antara yang dinanti-nanti oleh para penduduk setempat.
Ini kerana, telah menjadi seakan tradisi bagi Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu untuk mengagihkan serunding kepada para penduduk tempatan setiap kali tibanya Ramadan.
Lebih bermakna, agihan yang dilaksana secara berperingkat itu turut melibatkan para penduduk setempat khususnya kepimpinan UMNO di akar umbi bagi memudahkan pelaksanaan pemberian yang melibatkan keseluruhan Putrajaya.
Selaras dengan itu, para penduduk Putrajaya menzahirkan penghargaan dan berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan oleh Tengku Adnan.
Antaranya, para ketua Cawangan UMNO yang menjadi pemudahcara menzahirkan suara akar umbi dan warga setempat yang berterima kasih kepada Tengku Adnan dan juga isteri beliau, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Terdahulu, difahamkan sebanyak 25,000 pek serunding telah siap dibungkus bagi diagihkan kepada para penduduk dengan pelaksanaanya dibuat secara langsung melibatkan ahli-ahli UMNO sebagai jentera penggerak. – UMNOPutrajaya