Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Santuni Rakyat, Agih Bubur Untuk Juadah Buka Puasa

PUTRAJAYA – Kebersamaan dengan rakyat sentiasa diaplikasi oleh Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam meluangkan masa untuk sentiasa bersama komuniti setempat.

Petang ini, beliau menyantuni penduduk menerusi melaksanakan sendiri penyerahan bubur kacang hijau durian sebagai juadah berbuka puasa kepada penduduk di Presint 8, di sini.

Tengku Adnan yang ramah dan tanpa jemu turun padang saban petang turut disertai isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki yang sama-sama mengaagihkan bubur kacang hijau durian terbabit.

Apa yang pasti kebersamaan untuk menyantuni rakyat dan menyampaikan sendiri juadah kecil untuk berbuka puasa adalah sesuatu yang amat dihargai oleh rakyat.

Semoga sumbangan yang diagihkan akan dapat menceriakan biarpun ia amat kecil namun nilai ingatan dan kasih sayang Ahli Parlimen kepada rakyat Putrajaya tidak pernah terhenti. – UMNOPutrajaya