Ketua Kampung Realitikan Anak-anak Putrajaya Ke Pertandingan Robotic Korea Selatan
PUTRAJAYA – Kesungguhan Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk melihat warga Putrajaya mendapat pendedahan terbaik termasuklah diperingkat antarabangsa membuka peluang kepada anak-anak tempatan ke luar negara.
Hal tersebut direalitikan apabila pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 11 (3) berlepas ke Korea Selatan bagi menyertai pertandingan robotic di sana.
Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya atau lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ menzahirkan rasa gembira dengan penglibatan anak-anak tempatan.
“Semoga dengan sumbangan yang diberikan akan menjadi permulaan kepada anak-anak temapatan untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa apatah lagi dalam bidang yang amat memberangsangkan.
“Saya doakan semoga urusan anak-anak ini untuk bertanding di Korea Selatan lancar dan mendoakan semoga mereka mendapat kejayaan dan kemenangan,” katanya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.