Berita

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-65, Teguh Bersama

PUTRAJAYA – Tarikh 31 Ogos adalah detik bersejarah yang tentunya diraikan oleh seluruh warga Malaysia lantaran kemerdekaan negara yang kini berusia 65 tahun.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-65 kepada seluruh warga Putrajaya.

Dalam masa yang sama, beliau mengajak orang ramai untuk sama-sama menghayati detik bersejarah kemerdekaan dengan menghargai setiap keamanan yang dinikmati hari ini.

Tema kemerdekaan kali ini ‘Keluarga Malaysia – Teguh Bersama’ sememangnya amat bermakna apatah lagi setelah rakyat Malaysia berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam tempoh dua tahun lalu namun masih teguh menjaga hubungan harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. – UMNOPutrajaya