Sumbangan Sambutan Merdeka Raikan Warga Putrajaya
PUTRAJAYA – Sambutan Kemerdekaan Ke-65 kali ini dilaksanakan berbeza dengan kebiasaannya apabila Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengagihkan sumbangan kepada penduduk setempat.
Atas nama Sumbangan Sambutan Hari Merdeka, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian tempatan telah menyampaikan agihan sumbangan di PPAM Saderi P16 yang berupa beras dan daging.
Beliau berharap agar sumbangan yang diagihkan akan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung dalam mengurangkan perbelanjaan barangan dapur selain mengajak rakyat untuk mensyukuri kesejahteraan negara. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.