Aktiviti & Komuniti

Program Jalinan Rakyat Perkukuh Silaturrahim Keluarga Besar Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah bersama-sama memeriahkan Program Jalinan Rakyat PDM Taman Rimba Desa Barat selepas merasmikannya yang berlangsung di padang kejiranan Presint 9 di sini, hari ini.

Dalam program tersebut, Tengku Adnan yang lebih mesra dengan panggilan ‘ketua kampung’ turut meluangkan masa beramah mesra dengan para penduduk setempat yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Program yang berteraskan kekeluargaan dan kebersamaan dalam muafakat komuniti Putrajaya ini dipenuhi dengan pelbagai acara antaranya senamrobik dan ‘musical chair’, pertandingan pakaian beragam, pertandingan mewarna, sukaneka selain acara kemuncak yang merupakan cabutan nombor bertuah dengan menyajikan pelbagai hadiah menarik.

Turut dilaksana dalam program tersebut ialah penyampaian sumbangan bakul makanan yang sememangnya menjadi langkah berterusan bagi pemimpin terbabit sebagai menyantuni masyarakat yang memerlukan.

Semoga segala inisiatif yang dilaksana akan memperkukuh ukhwah dan silaturrahim dalam keluarga besar Putrajaya demi kesejahteraan warganya. – UMNOPutrajaya