Berita

Jaga Negara Kita, Tolak Amalan Budaya Songsang – Tengku Adnan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak rakyat untuk sama-sama menjaga bangsa dan agama agar tidak dicemari dengan hal-hal yang membabitkan budaya songsang.

Ini berikutan sebuah keratan akhbar dari bangsa Melayu yang beragama Islam menyatakan tidak menolak homosensual dilakukan.

“Nauzubillahiminzalik. Moga Allah SWT lindungi tanahair kita dari sebarang malapetaka. Sesungguh saya amat terkesan apabila membaca tentang berita sedemikian. Moga ini adalah berita palsu dan tidak benar. Ini kerana betapa naifnya kita hinggakan ada dikalangan masyarakat sebangsa dan seagama kita mempersenda hal-hal berkaitan homoseksual dan dianggap tidak salah,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Tegas beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, ini adalah sesuatu yang sememangnya bertentangan dengan agama Islam malah beliau yakin semua agama dalam dunia ini menolak amalan songsang apatah lagi dalam budaya ketimuran masyakat Malaysia sendiri.

“Terlalu menyimpang sedangkan sebagai insan yang beragama Islam tentunya tahu berkaitan kaum Nabi Lut yang mengamalkan gaya hidup songsang telah dilaknat Allah SWT.

“Kita tak mahu ada budaya songsang diamalkan dalam negara kita biarpun memang ada beberapa negara luar dah akuinya, tapi jangan di Malaysia. Kita mesti. Hal ini mesti sama-sama kita pertahankan demi Lillahi Taala dan kita perlu perjuangkan dalam apa juga keadaan,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya