Rencana

RUMAWIP Formula Bijak Tengku Adnan Bina Rumah Mampu Milik

Menteri Kewangan YB Lim Kit Siang mengatakan amat sukar mengawal harga tanah untuk membina rumah dengan kos yang murah. Kenyataan beliau hanya ”berharap“ sahaja kepada pemaju tanpa membuat sebarang dasar atau tindakan bagi mengatasi kenaikan harga pasaran tanah.

Begitu juga dengan Menteri Wilayah Persekutuan PH YB Khalid Samad yang baru-baru ini telah melancarkan semula projek RUMAWIP tetapi dengan nama baru yang dikenali sebagai Residensi Wilayah.

Namun apa yang menyedihkan adalah konsep asal RUMAWIP tidak lagi diguna pakai. Ketika Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah beliau bertanggungjawab mencetuskan idea ini, beliau berikrar bahawa kerajaan BN akan membina 80,000 unit rumah mampu milik menjelang 2020.

Matlamat RUMAWIP ini adalah mahu memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah sederhana yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan untuk memiliki rumah.

Disebalik kejayaan projek ini, masyarakat Melayu terutamanya tidak melihat bahawa RUMAWIP adalah satu projek ‘serampang dua mata’ yang mana memberi peluang kepada orang Melayu untuk memiliki aset di kawasan tumpuan bandar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan harga serendah RM63,000 hingga RM300,000.

Bayangkan dalam masa beberapa tahun berapa harga nilai hartanah tersebut?

Apa yang membanggakan adalah projek RUMAWIP ini telah berjaya siap dan mencapai sasaran nya lebih awal iaitu pada pertengahan tahun 2018.

Berdasarkan peratusan RUMAWIP yang dibangunkan sejak 2013, sebanyak 71, 554 unit atau 89.44% sudah dibangunkan hingga Januari 2018. Ia semakin menghampiri target beliau yang mahu semua 80,000 unit siap menjelang 2020.

Namun hari ini, RUMAWIP yang diberi ‘nafas baru’ tidak lagi boleh kita gelar sebagi rumah mampu milik, ia telah berkubur dan hanya layak dipandang atau lebih layak kita gelar rumah mampu tengok.

Menurut laporan utusan online, Khalid Samad berkata, berbeza dengan Rumawip, Residensi Wilayah bakal menyaksikan pembinaan unit rumah yang lebih luas dan kualiti yang dipertingkat untuk kelesesaan penduduk, namun masih pada harga mampu milik iaitu RM300,000 per unit.

Soalnya Khalid ini nak bela rakyat atau pemaju? Golongan mana yang mampu untuk memiliki rumah dengan harga permulaan sehingga RM300,000.00?

FORMULA TENGKU ADNAN

Kita yang bukan pakar ekonomi atau pakar hartanah pun tahu harga tanah tidak akan turun kerana tanah adalah “tangible asset” yang mempunyai “appreciate value” dan tidak mempunyai susut nilai dari masa ke semasa. Malah harga tanah perkuburan pun tidak pernah turun.

Sebagai contoh, jika tanah dibeli dengan harga RM500k pada 5 tahun sebelum ni akan bernilai lebih dr harga asal kerana tiada susut nilai dan risiko yg amat kurang. Itu juga terjadi kepada rumah kerana ia berkait rapat dengan tanah.

Mungkin Menteri lupa bahawasanya tanah dan rumah adalah bahan komoditi yang bersifat kapitalis untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur yg mempunyai permintaan yang amat tinggi.

Sebab itu tidak ramai seperti “pemilik banglo” Menteri Kewangan yg ingin atau sanggup menjual rumah yg dimiliki dibawah harga belian atau pasaran tanpa sebarang sebab.

Kerana itu, apabila YB Tengku Adnan mengilhamkan RUMAWIP di WP, ramai yang tertanya-tanya formula apa yang digunakan untuk menawarkan rumah dengan harga dibawah RM300 ribu yg mempunyai fasiliti kondominium.

Formulanya adalah “cross subsidi” yang diwujudkan utk mencipta “win-win situation” bagi memberi peluang warga WP memiliki rumah idaman dan pemaju mendapat keuntungan.

Apa itu “cross subsidy”? Sebagai contoh sebidang tanah seluar 10 ekar utk dibangunkan dgn prasyaratnya perlu membina sejumlah unit RUMAHWIP tetapi pemaju mendesak mahukan harga tanah perlu dikurangkan tanpa mengikut harga pasaran untuk mengimbangi kerugian dari segi kos apabila membina RUMAWIP.

Ini adalah konsep “tanggungjawab bersama” yang diambil diantara pihak pemaju dan kerajaan sebelum ini bagi memberi kebaikan kepada rakyat terutamanya warga WP seperti membina hospital, sekolah, jalanraya dan lain-lain.

Banyak lagi bukti kejayaan dan formula membela rakyat yang diterjemah kerajaan dahulu. Semua nya terpulang kepada kita untik menilai nya.

Tepuk dada tanya selera. – https://selamanyaumno.wixsite.com/