Ketua Kampung Teruskan Tradisi Keluarga Putrajaya Dalam Program Ramah Mesra
PUTRAJAYA – Kebersamaan ‘Ketua Kampung’ Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Ahli Parlimen tempatan sememangnya bukanlah sesuatu yang janggal.
Beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya sentiasa akrab dan cakna dengan masyarakat setempat malah meraikan para penduduk dalam pelbagai acara yang berteraskan kebersamaan melalui keluarga besar Putrajaya.
Sebagaimana malam tadi, Program Ramah Mesra bersama para penduduk di Presint 12 dan 14 telah diadakan dengan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran yang sentiasa dilaksana beramai-ramai saban tahun.
Biarpun sebelum ini acara terbabit terhenti selama dua tahun angkara COVID-19, namun keadaan semasa hari ini membolehkan para penduduk kembali berkumpul dan bersama-sama Tengku Adnan yang sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi.
Dalam majlis tersebut, para penduduk diraikan dalam sambutan ulang tahun kelahiran selain hadiah cabutan bertuah yang disediakan. – UMNOPutrajaya