Berita

BN Umum Tengku Adnan Calon Parlimen Putrajaya, Ayuh Pertahankan Ketua Kampung!

KUALA LUMPUR – Sudah terang lagi bersuluh, walaupun calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Putrajaya telah diketahui dengan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku penyandang akan bertanding namun pengumuman malam tadi mengesahkan tekad untuk Parlimen terbabit dipertahankan.

Tengku Adnan yang lebih mesra dalam kalangan warga tempatan dengan panggilan ‘ketua kampung’ sememangnya tidak asing malah beliau yang sentiasa cakna dengan warga setempat menganggap komuniti Putrajaya sebagai keluarga besar beliau.

Beliau yang sememangnya dianggap senior dalam kepimpinan UMNO malah arif berkaitan selok-belok Putrajaya meneruskan tekad UMNO/BN dalam menginspirasikan pembangunan dengan keutamaan adalah kepada pendidikan yang menjadi jaminan masa hadapan.

Lebih dari itu, Tengku Adnan amat mengutamakan kebajikan dengan memastikan setiap ‘ahli keluarganya’ tidak kelaparan hinggakan bantuan makanan berupa barangan dapur disalurkan terus ke pintu-pintu rumah. Ini tidak termasuk pelbagai pemberian yang diaplikasi melalui pelbagai kemudahan pendidikan, kesihatan, prasarana hinggakan ulang tahun beramai-ramai juga menjadi acara wajibnya.

Mantan Menteri Wilayah Persekutuan itu juga telah menzahirkan hasrat untuk menyambung kembali pelbagai projek dan perancangan yang gagal dilaksana malah dicantas oleh Pakatan Harapan (PH) sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali menerajui tampuk pentadbiran.

Ini termasuklah pembangunan perumahan kepada penduduk Putrajaya yang harganya bernilai RM80,000 seunit, pembinaan sekolah agama, pengangkutan awam serta menaik taraf pelbagai kemudahan rakyat, malah pelbagai perancangan membabitkan perkara-perkara kepentingan rakyat.

Pada PRU14, Tengku Adnan yang memegang kerusi berkenaan selama empat penggal telah u menang dengan majoriti 3,372 undi.

Beliau memperoleh sebanyak 12,148 undi menewaskan calon Pas, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat yang masing-masing memperoleh undi sebanyak 3,634 dan 8,776. – UMNOPutrajaya