Santuni Warga Pendidik, Ketua Kampung Cakna Keperluan Rakyat
PUTRAJAYA – Ketua Kampung berjiwa rakyat, cakna dalam setiap keperluan lapisan masyarakat dengan menyantuni semua kelompok secara teratur lantas menyelami permasalahan yang dihadapi agar kerumitan yang ada dapat dirungkai.
Demikianlah kepribadian Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang kedudukan atau lapisan masyarakat.
Kali ini, bertempat di Kelab Tasik, Putrajaya, beliau telah mengadakan sesi sembang santai dengan warga pendidik yang bukan hanya melibatkan guru-guru tetapi semua yang terlibat dalam bidang pendidikan termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru besar, pengetua dan mereka yang terlibat di sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh Putrajaya.
Dalam ucapannya, Tengku Adnan yang merupakan penyandang bagi kerusi Parlimen Putrajaya dan calon Barisan Nasional di sini untuk menghadapi PRU15 menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada golongan pendidik.
“Saya amat memahami bahawa tugas pendidik bukan mudah, usaha nak menjadikan warga berilmu. Terima kasih semua,” katanya.
Dalam kesempatan tersebut, beliau turut menyerahkan bantuan PA system untuk semua sekolah-sekolah di sini yang berjumlah 28 unit.
“Moga dipermudahkan segala urusan pendidik untuk anak-anak Putrajaya,” katanya lagi.
Dalam sesi tersebut, Tengku Adnan turut beramah mesra dan tidak canggung melayani perlabagi permasalahan selain lontaran idea bagi menambah baik hal-hal berkaitan pendidikan. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.