Selamat Bersidang Para Perwakilan… Moga Perhimpunan Diberkati Allah SWT
Seramai 2,822 perwakilan dan pemerhati hadir ke perhimpunan kali ini, sementara 1,117 perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita; 1,146 Pemuda dan 1,113 ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri yang akan dirasmikan secara serentak oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan malam ini.
Sehubungan itu, Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan selamat bersidang kepada para perwakilan yang akan memulakan persidangan selama empat hari bermula hari ini.
Katanya, dalam ruang dan peluang yang ada hari ini, ahli UMNO perlu muhasabah dan kembali membina parti untuk lebih teguh dan utuh.
“Marilah kita bersama-sama membina benteng kekuatan menerusi keutuhan perpaduan, sepakat bertekad berganding bahu berpimpin tangan melangkah dengan hasrat bersatu demi perjuangan melestari agama, bangsa, negara.
“Kita realitikan aspirasi ‘Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat’,” katanya. – UMNOPutrajaya