Berita

Tengku Adnan Tunai Janji Walaupun Putrajaya Bukan Kerusi BN

PUTRAJAYA – Mantan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merealisasikan janji kepada warga setempat biarpun Barisan Nasional (BN) tidak menjadi pilihan pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

Dalam hal ini, Tengku Adnan telah menukar karpet baharu di Surau Ar Riduan Fasa 8, Presint 9 yang dijanjikan dengan pelaksanaannya dibuat biarpun beliau bukan lagi wakil rakyat setempat.

Sememangnya, amanah dan tanggungjawab setempat khususnya dalam memastikan warga Putrajaya mendapat fasiliti terbaik adalah antara perjuangan Tengku Adnan.

Semoga warga Putrajaya mendapat manfaat hasil sumbangan Tengku Adnan dan sama-sama mensyukuri kesejahteraan yang ada. – UMNOPutrajaya