Biarpun Tak Bergelar Wakil Rakyat, Tengku Adnan Tetap Agih Sumbangan Menjelang Ramadan
PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor merealisasikan tekad khidmat untuk rakyat biarpun sudah tidak bergelar Ahli Parlimen kawasan terbabit.
Dalan hal ini, beliau telah memberikan sumbangan kepada 68 buah surau di sekitar Putrajaya bagi Program Ihya’ Ramadan.
Sumbangan ini diaplikasi bagi meneruskan kesinambungan program yang telah menjadi tradisi kepada masyarakat di Putrajaya untuk mengimarahkan bulan Ramadan.
Menerusi program yang diadakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya, sumbangan berupa barangan keperluan untuk moreh dan wang tunai diberi.
“Saya berharap sumbangan ini akan dapat meringankan usaha AJK surau-surau di Putrajaya untuk menyambut ketibaan Ramadan yang bakal dirai beberapa hari lagi.
“Semoga sumbangan ini akan memberi manfaat kepada orang ramai khususnya qariah di surau-surau yang akan memeriahkan Ramadan al-Mubarak di kawasan kita dan dapat memberi keselesaan kepada semua untuk sama-sama kita meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas ketika Majlis Sumbangan Ihya Ramadan, hari ini.
Umat Islam dijangka akan mula berpuasa pada Khamis ini. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.