Persidangan UMNO Bahagian Putrajaya Lancar
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya mengaplikasi persidangan mesyuarat UMNO dan pemilihan parti sebagaimana yang dijadualkan oleh peringkat pusat, hari ini.
Seramai 305 orang perwakilan dari UMNO peringkat akar umbi di seluruh cawangan Putrajaya telah berkumpul seawal 10 pagi bagi melaksana tanggungjawab sebagai ahli parti.
Persidangan tersebut berlangsung di Auditorium Cempaka Seri Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Untuk rekod, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan telah bermula pada 1 Februari dan berakhir pada 26 Februari 2023 lalu.
Pada 11 Mac 2023 akan diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri Bahagian. Pada tarikh yang sama turut akan diadakan Pemilihan Exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.
Bagi pemilihan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Putrajaya, ianya berlangsung lancar dengan jawatan Ketua Wanita UMNO Putrajaya kekal pada penyandangnya, Husna Abdul Rahaman dan Ketua Pemua, Dr Tengku Iqbal Munawwir sementara bagi jawatan Ketua Puteri ialah muka baharu, Siti Salwa Shokri.
Pemilihan UMNO berakhir hari ini dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.