Berita

Pasca-PRU15: Akibat Salah Pilih, Rakyat Putrajaya Diminta Menyumbang

PUTRAJAYA – Harapkan pegar, pegar makan padi. Demikianlah pepatah yang layak diberikan kepada kepimpinan Ahli Parlimen Putrajaya yang baharu, Datuk Seri Radzi Jidin setelah menjadi wakil rakyat dengan memenangi kawasan terbabit pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu namun gagal melaksana janji.

Lebih malang apabila warga Putrajaya yang selama ini mengharapkan bantuan namun mereka pula diminta memberikan sumbangan atas nama ‘Putrajaya Care: Pusat Khidmat Parlimen Putrajaya’ dengan tema ‘Bersama Kita Bangunkan #EraBaharuPutrajaya’.

Jika sebelum ini komuniti Putrajaya sering kali mendapat agihan bantuan sama ada dalam bentuk barangan keperluan atau sumbangan wang ringgit oleh kepimpinan dahulu yang lebih akrab dengan panggilan ketua kampung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, namun kali ini keadaannya adalah sebaliknya.

Inilah yang dikatakan akibat salah memilih, maka bukan sumbangan yang diberi sebaliknya rakyat yang perlu memberikan tabungan kepada mereka.

Apa nak dikata bila nasi sudah menjadi bubur…