Agihan Serunding, Gagal Jadi Wakil Rakyat Bukan Alasan Santuni Komuniti Putrajaya
PUTRAJAYA – Jawatan, pangkat dan kedudukan tidak menghalang Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meraikan komuniti Putrajaya menjelangnya bulan Ramadan.
Biarpun bukan lagi bergelar Ahli Parlimen Putrajaya selepas gagal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, Tengku Adnan tetap menyantuni komuniti setempat menglangnya kedatangan bulan mulia ini.
Hal tersebut terbukti apabila beliau meneruskan acara tradisi tahunan melalui UMNO Bahagian Putrajaya dengan menyampaikan agihan serunding daging dan ayam untuk komuniti setempat.
“Insya-Allah serunding ini akan dihantar secara berkala ke kawasan masing-masing. Terima kasih pada sukarelawan yang membantu agihkan sumbangan ini. Moga kita dapat sama-sama mengimarahkan kedatangan Ramadan dan dapat meningkatkatkan ibadah kita kepada Allah SWT. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak,” katanya.
Sememangnya, pengagihan serunding kepada penduduk tempatan bukanlah sesuatu yang asing kepada Tengku Adnan malah kali ini biarpun bukan lagi bergelar wakil rakyat namun ingatan kepada keluarga besarnya tetap dilaksana. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.