Kepimpinan UMNO Putrajaya Angkat Sumpah Untuk Sesi 2023/2026
PUTRAJAYA – Atas tekad meneruskan perjuangan, barisan kepimpinan UMNO Bahagian Putrajaya bangkit menongkah arus dan sedia melaksanakan khidmat bakti.
Selepas Pemilihan UMNO berlangsung dengan jayangan Sabtu lalu, barisan baharu UMNO Bahagian Putrajaya mengangkat sumpah jawatan di hadapan ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Lafaz ikrar sumpah jawatan dan taat setia ini dibuat bagi sesi baharu iaitu 2023-2026, tersebut, di Ibu Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, Presint 15, di sini.
Untuk rekod, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan telah bermula pada 1 Februari dan berakhir pada 26 Februari 2023 lalu.
Pada 11 Mac 2023 akan diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri Bahagian. Pada tarikh yang sama turut akan diadakan Pemilihan Exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.
Pemilihan UMNO berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan MKT UMNO. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.