Berita

Tengku Adnan Hadiri Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-77

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Bendahari UMNO bersama-sama kepimpinan parti termasuklah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah meraikan ulang tahun UMNO ke-77.

Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-77 yang dianjurkan secara sederhana di Surau Ar-Rahman, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur berjalan lancar, namun kemeriahannya dirasai.

Sambutan ulang tahun ini dimulakan dengan menunaikan solat Maghrib serta bacaan Yasin dan tahlil di sini yang dipimpin oleh Pengerusi Majlis Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Amanat daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga kemuncak kepada sambutan juga turut sama disiarkan secara langsung di platform Facebook UMNO Online.

Usai amanat tersebut, majlis diteruskan dengan melaksanakan solat Isyak sebelum para tetamu yang hadir diraikan jamuan makan malam bersama kepimpinan tertinggi parti. – UMNOPutrajaya