Majlis Kenduri Komuniti dan Ibadah Korban Bersama UMNO Putrajaya
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya terus menyemarakkan semangat kekeluargaan dalam sambutan Aidiladha dengan Majlis Kenduri Komuniti dan Ibadah Korban, hari ini.
Dalam hal tersebut, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyumbangkan lima ekor lembu yang dikorbankan dengan ibadah tersebut dilaksana di pekarangan Surau Al-Musthofa Blok 4F Fasa 4 Presint 9, di sini.
Sebagaimana yang telah menjadi tradisi bagi UMNO Bahagian Putrajaya, pelaksanaan ibadah tersebut dilakukan secara gotong-royong yang membabitkan komuniti setempat bersama-sama AJK UMNO Putrajaya termasuk Tengku Adnan dan isteri, Datin Seri Angraini Sentiyaki.
Bukan hanya acara sembelihan yang dilaksana bersama tetapi kemeriahan suasana kekeluargaan dapat dirasa dengan kebersamaan melaksanakan masak-memasak serta agihan daging korban kepada qariah terbabit.
Semoga ibadah yang dilaksana diberkati Allah SWT dan komuniti Putrajaya terus sejahtera. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.