Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya #TakBanyakAlasan … Bantu Urusan Pengkebumian Ayahanda En. Suhaimi

PUTRAJAYA – Tekad melaksanakan khidmat bakti sememangnya amat sebati dengan UMNO Bahagian Putrajaya apatah lagi dalam urusan kehilangan akibat kematian yang tentunya memebrikan kesedihan khususnya kepada ahli keluarga.

Dalam hal ini, UMNO Bahagian Putrajaya meneruskan khidmat tanpa banyak alasan apabila mendengar sahaja berita kematian berlaku sebagaimana yang dimaklumkan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Hisamudin Yahaya, semalam.

Maklumnya, beliau menerima perkhabaran daripada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang meminta supaya menguruskan sebuah khemah bagi memudahkan urusan keluarga di rumahnya di Presint 14 dan di tanah perkuburan.

“Innalillahiwainnalillahirojiun… Salam takziah diucapkan kepada En. Suhaimi Mohamed iaitu Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri atas pulangnya ke rahmatullah ayahanda tercinta.

“Allahyarham Mohamed Ali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya,” katanya.

Lantaran itu, beliau bersama-sama kepimpinan UMNO merakamkan ucapang terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa komited turun padang dan bersama-sama melancarkan urusan sedemikian.

“Terima kasih kepada UMNO Cawangan Akasia yang diketuai oleh En. Reduan kerana telah membantu memasang khemah tersebut di Presint 14, manakala Ketua UMNO Cawangan Blueberry, En. Yazrul Urusan di tanah perkuburan.

“Majlis tahlil akan diadakan selama tiga malam di rumah En. Suhaimi bermula pada malam tadi. Al-fatihah,” katanya. – UMNOPutrajaya