Aktiviti & Komuniti

Sokongan Untuk Generasi Muda, Tengku Adnan Meriahkan Putrajaya Football Academy Cup

PUTRAJAYA – Kesungguhan UMNO Bahagian Putrajaya merealisasikan sokongan dan dukungan kepada generasi baharu tidak pernah bernoktah sebagaimana kejayaan pelaksanaan Putrajaya Football Academy Cup.

Kejohanan bola sepak untuk generasi baharu ini dilaksanakan selama dua hari bermula hari ini di Padang TEP A, B, C Equestrian, PRESINT 5, Putrajaya.

Lebih bermakna kemeriahan bola sepak ini telah di rasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan diiringi oleh Timbalannya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim.

Ketibaan Tengku Adnan yang menjadi penaung kejohanan tersebut disambut dengan sorakan anak-anak Putrajaya sebagai tanda penghargaan kepada beliau yang tidak pernah jemu meluangkan waktu dengan anak-anak tempatan pelbagai usia.

Semoga dengan pelaksanaan kejohanan tersebut akan menyuburkan semangat kesukanan anak-anak Putrajaya selain tampil dengan tubuh sihat dan minda cerdas. – UMNOPutrajaya