Paca-PRN: Kekalahan & Kelemahan perlu diambil Tanggungjawab Bersama
1. Saya mengikuti pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) yang masih lagi menjadi polemik dengan masing-masing mengeluarkan pelbagai pendapat sehinggakan ada yang menuding jadi menyalahkan individi tertentu. Justeru saya terpanggil untuk mengutarakan pandangan sebagaimana penglibatan saya selaku jentera yang turun padang bersama-sama membantu gerak kerja lapangan dalam PRN ini.
2. Jentera Penerangan sama ada Peringkat BN mahupun PH perlu turun ke akar umbi untuk menerangkan Kerjasama Politik dalam Kerajaan Perpaduan. Ini yang saya lihat gagal untuk diatasi oleh parti masing-masing pada PRN kali ini Lebih-lebih lagi kepada orang Melayu dan ahli UMNO sendiri.
3. PRN ini Julung Kali BN & PH Bekerjasama, Saya menyaksikan Gerak Kerja Parti BN & PH bergerak secara Solo di kebanyakkan Kawasan. Ini juga perlu kita akui antara punca kekurangan undi pada calon-calon Kerajaan Perpaduan & lebih sedih yang kalah di bawah satu ribu majoriti. Maka jalinan kerjasama & kesepakatan ini perlu diperkemas agar sentiasa seiring dan selari dalam semua peringkat khususnya dikalangan jentera akar umbi.
4. Saya mengambil contoh di DUN Dusun Tua (kawasan yang saya terlibat secara Langsung selaku jentera) – kemenangan calon BN Datuk Johan Abdul Aziz adalah hasil kejayaan jentera BN-PH yang bergabung sebelum penamaan calon sehingga hari pembuangan undi. Semua pihak kerja kuat dan ikhlas memenangkan calon Kerajaan Perpaduan. Alhamdulillah akhirnya bukan saja mengekalkan DUN tersebut tetapi juga menang dengan majoriti yang lebih besar pada PRN kali ini.
5. Saya juga ingin beri pandangan tentang desakan yang menggesa seorang individu perlu bertanggungjawab atas segala yang berlaku sewajarnya tidak berlaku. Ini kerana kita tidak perlu terikut-ikut dengan alunan lagu pihak luar yang sememangnya dari dulu ingin menjatuhkan organisasi kepimpinan UMNO. Kita belajarlah dari sejarah bagaimana Presiden UMNO acapkali digesa berundur apabila sokongan merosot. Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah, Datuk Seri Najib dan kini Datuk Seri Zahid. Cukup-cukuplah menyalahkan pucuk pimpinan sedangkan sewajarnya kita bersama sepakat perbetul yang silap, perbaiki yang salah dan perkukuh semula dari dalam UMNO hinggalah kepada kembalikan keyakinan rakyat kepada BN.
6. Lihat juga bagaimana pihak lawan yang tidak pernah bertukar ganti kepimpinan tertinggi atau berlaku desakan letak jawatan biarpun mereka tewas teruk. Misalnya Tan Sri Muhyiddin, tiada desakan dari partinya walaupun Parti Bersatu kalah teruk di PRN Melaka dan PRN Johor. Begitu juga dengan kepimpinan Pas yang sejak puluhan tahun tidak pernah mendapat tampuk kuasa namun tetap sepakat hinggakan mendapat kejayaan dalam siri pilihan raya kebelakangan ini.
7. Justeru, marilah kita kepimpinan disemua peringkat & ahli-ahli UMNO untuk terus sepakat, kita akui kesilapan, terima kekalahan bersama, buat post mortem Bersama dan sama-sama mencari semula keyakinan rakyat kepada UMNO.
Datuk Mohd Rafi Alli Hassan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Ketua UMNO Bahagian Labuan