Mesyuarat UMNO Veteran Putrajaya Bukti Semangat Perjuangan Diteruskan
PUTRAJAYA – Pelbagai isu dan manipulasi yang bermain dalam arena politik negara termasuklah peralihan kepimpinan Ahli Parlimen di Putrajaya tidak melunturkan semangat perjuangan Veteran UMNO Bahagian Putrajaya.
Hal ini direalisasikan melalui mesyuaratnya yang berlangsung di Kelab Tasik, di sini hari ini dengan anggota Veteran UMNO Putrajaya meneruskan tekad perjuangannya.
Sokongan dan dukungan anggota Veteran UMNO Putrajaya tidak pernah pudar terhadap parti malah tetap bersemangat meneruskan tekad ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dalam apa juga keadaan termasuklah hari ini mendukung hasrat menjayakan Kerajaan Perpaduan.
Semoga perjuangan UMNO akan tetap teguh dan utuh sebagaimana tekad Veteran UMNO Putrajaya agar parti ini kembali gemilang bersama tanah air tercinta, Malaysia. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.