Kemeriahan Deepavali Dirai Bersama
PUTRAJAYA – Kemeriahan sambutan Deepavali bukan hanya diraikan oleh masyarakat India beragama Hindu sahaja kerana bagi warga Putrajaya, keraikan pelbagai perayaan adalah disemarakkan bersama.
Demikian jugalah bagi UMNO Bahagian Putrajaya yang meraikan sambutan Deepavali dengan berkunjung ke rumah-rumah warga India sebagai menghargai persahabatan dan semangat kekeluargaan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman telah berkunjung ke rumah-rumah masyarakat India di sekitar sini.
Selain menyampaikan ucapan selamat menyambut hari Deepavali kepada mereka yang meraikannya, lawatan tersebut adalah tanda jalinan akrab dalam masyarakat yang sentiasa saling hormat menghormati dan menghargai kesejahteraan bersama. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.