Teruskan Boikot KK Mart, Beri Pengajaran Hina Agama Islam
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan semua pihak yang terlibat sehingga mereka ini didakwa di mahkamah semalam.
Kita menghormati proses undang2 untuk dilaksanakan mengikut aturannya tetapi pada masa yang sama kempen boikot kkmart ini perlu diteruskan agar ia memberikan pengajaran yang hebat kepada mereka dan mana2 pihak yang ingin menghina agama Islam pada masa hadapan
Kita juga mengecam sekeras-kerasnya isu insiden melampau yang membaling bom petrol ke KKmart dan ugutan bunuh terhadap saya
Walaupun diugut bunuh,tetapi pendirian saya dan seluruh umat islam Malaysia tidak akan berganjak untuk kita teruskan kempen #boikotkkmart ini agar menjadi
pengajaran yang keras untuk semua untuk tidak memperlekehkan agama Islam di bumi ini
Untuk meredakan keadaan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan seterusnya dikenakan tindakan yang sekerasnya untuk mereka ini
Terus boikot!!!
#boikotkkmart