Berita

Tengku Adnan Ucap Selamat Tunai Ibadah Haji Kepada Jemaah Putrajaya

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada seluruh jemaah khususnya dari komuniti Putrajaya yang berlepas ke Tanah Suci tahun ini.

“Saya mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada para tetamu Allah yang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

“Terpilih sebagai tetamu Allah untuk mengunjungi Baitullahilharam adalah anugerah terindah dari Allah SWT bagi menyempurnakan ibadah rukun Islam kelima. Semoga dikurniakan kesihatan dan lancar urusan ibadah serta peroleh haji yang mabrur dan selamat pulang ke tanah air,” katanya.

Dilaporkan, seramai 31,600 bakal jemaah akan berlepas secara berperingkat dan yang terakhir dijangka pada 9 Jun depan, manakala penerbangan pulang bermula 24 Jun dan yang terakhir dijangka 21 Julai 2024.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas haji disediakan menerusi Malaysia Airlines Bhd dan Saudi Airlines. – UMNOPutrajaya