Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Rasmikan Liga Bola Sepak Putrajaya, Sentiasa Sokong Putrajaya FA Football Academy

PUTRAJAYA – Usha UMNO Bahagian Putrajaya untuk memastikan anak muda khususnya generasi pelapis perjuangan negara mendapat kehidupan yang seimbang dan bermanfaat dilaksana dalam semua perkara.

Ini termasuklah mengaktifkan acara sukan khususnya bola sepak yang dianggap sebagai sukan nombor satu dalam arena terbabit.

Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah merasmikan perlawanan Putrajaya FA Football Academy (PFAC 2024) yang berlangsung di sini, hari ini.

Beliau yang juga Penaung Persatuan Bola Sepak Putrajaya telah hadir dengan diiringi Presiden Bola Sepak Putrajaya Datuk Ahmad Faisal iaitu selaku insan yang bertungkus-lumus memastikan penganjuran kejohanan ini menjadi realiti.

Sebanyak 46 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan di Padang A dan Padang B Turf, Presint 4, Putrajaya. – UMNOPutrajaya