Aktiviti & Komuniti

Tak Banyak Alasan: UMNO Cawangan Bunga Tasbih Beri Sumbangan Untuk Surau Al-Farabi

PUTRAJAYA – Realiti UMNO sememangnya tak banyak alasan dalam menghulurkan bantuan khususnya berkaitan dengan keselasaan warga setempat.

Hal tersebut dibuktikan oleh UMNO Cawangan Bunga Tasbih yang telah melawat ke Surau Al-Farabi 17RK2 bagi menyampaikan sumbangan lantaran kerosakan yang dialami hinggakan meresahkan jemaah di kawasan terbabit.

Sumbangan kerosakan tersebut dilaksana untuk menampung kos pembiayaan membaiki surau tersebut iaitu kerosakan bumbung dan tingkap bilik stor. Selain itu, sumbangan untuk tabung surau tersebut juga dibuat agar dapat dimanfaat untuk kegunaan komuniti setempat.

Dalam masa yang sama, pihak surau juga ada mengutarakan beberapa isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti terbabit. – UMNOPutrajaya