Aktiviti & Komuniti

Tengku Adnan Sempurnakan Penyerahan Sijil Peserta APM Jungle Trekking

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan majlis penyerahan sijil kepada para peserta APM Jungle Trekking yang telah diadakan di PPAiM Seruling, Presint 5 Putrajaya, semalam.

Beliau melahirkan rasa bangga dan syabas kepada para peserta yang begitu komited mengikuti program tersebut khususnya penglibatan anak muda.

Katanya, program sedemikian memberi manfaat yang besar dan mampu mencegah golongan belia dari terlibat dalam pelbagai aktiviti negatif.

Dalam masa yang sama, Tengku Adnan turut mengucapkan terima kasih kepada penaja makanan bagi program tersebut iaitu Nasi Kandar bergerak Fadzli Wahab.

Ujarnya, penglibatan dan sokongan semua pihak amat penting dalam menjayakan sesuatu program yang mana ia perlu dilaksanakan mengikut kepentingan dan keperluan bagi keperluan khalayak. – UMNOPutrajaya