Raikan Bayi Merdeka Di Hospital Putrajaya
PUTRAJAYA – Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan diisi dengan meraikan bayi merdeka iaitu anak-anak yang dilahirkan pada tarikh 31 Ogos di Hopital Putrajaya.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman telah bersama-sama team Kasih Mekar dalam Program Sambutan Bayi Merdeka Hospital Putrajaya 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan & Putrajaya Dr Muhammad Yusuf Siebert.
Katanya, beliau bersyukur kerana acara kemerdekaan kali ini dapat diraikan dengan anak-anak kecil yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.
“Alhamdulillah, tahun ini dapat lagi menjayakan program bersama warga Hospital Putrajaya meraikan bayi merdeka.
“Semoga anak-anak ini diberi kesihatan yang baik sehingga dewasa, menjadi anak yang soleh dan solehah, taat kepada kedua ibu bapa, berjaya dunia akhirat serta berjasa kepada agama, bangsa dan negara,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.