Gesaan Pas Minta Presiden UMNO Bercuti…
Gesaan Timbalan Presiden PAS yang meminta YAB Presiden DSZH perlu bercuti, saya memang amat bersetuju memandang YAB DSZH sejak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri hampir 2 tahun atas sebab penat bekerja dan tidak pernah mengambil cuti panjang untuk berehat. Hanya mengambil cuti sakit untuk isu kesihatan yang dihadapi oleh beliau dan mengerjakan ibadah umrah sebelum ini.
Gesaan YB Tuan Ibrahim mungkin pun kesian melihat kesungguhan dan komitmen YAB DSZH yang menjadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri KKDW dan juga menjadi Pengerusi kepada 26 JK Kabinet yang diamanahkan keatas bahu beliau untuk mengerakkan dasar dan polisi kerajaan bagi memacu perkembangan ekonomi, sosial dan merekayasa kesejahteraan rakyat. Bukan calang-calang YAB Presiden UMNO ini, pengalamannya sebagai Ahli Kabinet yang paling senior menjadikan beliau sebagai rujukan kepada majoriti YB2 Menteri di yang lain di dalam kerajaan Madani dengan menguruskan portfolio masing-masing buat mereka. Ini belum lagi menyentuh perihal dan kerja-kerja parti.
Kekadang-kadang saya terfikir juga dengan usia emas YAB DSZH yg telah melepasi angka 70 tahun, tenaga dan kudratnya mengatasi jauh pemimpin-pemimpin politik yang lebih muda dari beliau. Pernah saya bertanya apa formula kekuatan dan kesihatan beliau, DSZH jawab “hati kena baik, sentiasa memaafkan dan jaga silaturrahim”. Betul juga, acap kali sebelum ini dia berkata “I can always forgive but I can’t forget”.
YB Tuan Ibrahim sebenarnya mengamalkan “double standard” apabila pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang terang-terang sedang menghadapi tuduhan di mahkamah seperti MB Perlis dan MB Kedah tidak pula disuruh bercuti bagi memberi tumpuan terhadap kes mahkamah. Oh bila pemimpin UMNO, lain pula bunyinya walaupun hanya baru setakat laporan polis dan siasatan sahaja belum ada pendakwaan pun dan disuruh bercuti. Mungkin YB Tuan Ibrahim cemburu dengan tenaga dan komitmen YAB DSZH yang tidak ada pada pemimpin-pemimpin PAS baik di negeri dan pusat sebelum ini.
Akhir kata, buat YAB DSZH kami doakan agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk berkhidmat kepada parti dan negara. Walaubagaimanapun kesihatan YAB DSZH perlu juga dijaga, sebab parti dan kerajaan memerlukan khidmat bakti YAB DSZH untuk masa-masa mendatang. Yang sepatutnya bercuti ialah Presiden PAS YB TGHA dimana keadaannya yang makin uzur dan perlu banyak berehat. Sama juga YB TSMY yang sudah boleh berfikir untuk bersara cuma terbantut sebelum ini disebabkan isterinya tak benarkan yang sedang bergelut dengan kes-kes mahkamahnya. Wallahuallam.
Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP