Aktiviti & Komuniti

Tahniah Dr Tengku Iqbal, Pakar ENT Kebanggaan UMNO Putrajaya

PUTRAJAYA – Kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya mengucapkan setinggi-tingi syabas dan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Dr Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan yang telah lulus cemerlang dalam pengajiannya sebagai doktor pakar.

Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ENT (ear, nose and tongue) iaitu bidang perubatan yang berkaitan dengan kesihatan pada telinga, hidung dan tekak.

Selamat maju jaya kepada Dr Iqbal dan semoga kejayaan menjadi pencetus kepada kebangkitan semangat perjuangan berterusan untuk UMNO Putrajaya. – UMNOPutrajaya