Ziarah Kasih Bukti UMNO Tak Banyak Alasan Bersama Rakyat
PUTRAJAYA – Kesungguhan dalam kebersamaan satu keluarga besar UMNO Putrajaya terus direalitikan sebagaimana dilaksana dalam ziarah prihatin yang diteruskan dari semasa ke semasa.
Hal ini direalitikan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Puan Husna Abdul Rahaman yang juga Ketua Wanita UMNO Putrajaya.
Dalam kunjungan tersebut, beliau telah menziarah pesakit di Institut Endokrin, Hospital Putrajaya dan juga pesakit yang berada di rumah iaitu di Presint 8, di sini.
Katanya, UMNO sentiasa bersama rakyat tanpa banyak alasan.
“Semoga Allah S.W.T memberi kesembuhan yang segera serta dipermudahkan urusan keluarga mereka.
“UMNO sentiasa bersama rakyat, mendengar dan merasa denyut nadi rakyat walau apa keadaan,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.