Berita

Salam Maulidur Rasul, Mari Bersama Hayati Sirah Rasulullah

PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam berikutan hari ini 12 Rabiulawal 1446H adalah hari kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW.

Dalam hal ini, beliau mengajak semua untuk sama-sama menghayati sirah Nabi Muhammad SAW sebagai tauladan terbaik kepada umat Islam dalam menempuh pelbagai cabaran.

“Marilah bersama hayati sirah Rasulullah dan istiqamah mencontohi Baginda. Moga segala ibadah dan amalan baik kita diredhai Allah SWT

Dilaporkan, sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini, Kerajaan telah memilih tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”.

Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep Al-Falah (kejayaan) ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI. – UMNOPutrajaya