Berita

Syukuri Nikmat Kesejahteraan, Selamat Hari Malaysia

PUTRAJAYA – Hari Malaysia yang disambut 16 Sept setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak seluruh warganegara untuk mensyukuri nikmat kesejahteraan yang dikecapi hari ini.

“Selamat menyambut Hari Malaysia 2024. Syukuri nikmat kesejahteraan, perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi.
Sama-samalah semai kebersamaan kesatuan dalam kepelbagaian,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini. – UMNOPutrajaya