Tak Banyak Alasan: Biro Pendidikan UMNO Putrajaya Aplikasi Menggapai Bintang Untuk Pelajar SPM
PUTRAJAYA – UMNO Putrajaya terbukti tak banyak alasan dalam usaha memastikan rakyat mendapat pembelaan dalam apa-apa juga keadaan termasuklah usaha menumpukan kepada pendidikan untuk jaminan masa hadapan.
Lantaran itu, Biro Pendidikan UMNO Bahagian Putrajaya telah mendakan mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan program Mengapai Bintang yang bakal diadakan khusus untuk anak-anak tempatan yang akan menduduki SPM tidak lama lagi.
Pengerusi Biro terbabit, Senator Datuk Hisamudin Yahaya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya telah bersama-sama anggota jawatankuasanya dalam mesyuarat khas sebagai misi untuk memastikan mereka yang bakal menduduki SPM dengan khusus kepada Kertas 2 Bahasa Melayu dan Sejarah akan memperoleh kejayaan cemerlang.
Ujarnya, program ini akan berlangsung pada 6 Oktober depan dengan melibatkan seramai 100 orang pelajar dari sekolah- sekolah di Putrajaya. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.