Isu Semasa

Pas Sesuai Jadi Parti Semak Dan Imbang Sahaja

Pas parti sloganis. Slogan Pas ialah “membangun bersama Islam” dan “Islam memimpin”. Tetapi Pas gagal buktikannya walaupun ia memerintah Kelantan begitu lama.

Alasan Pas ialah ia dihalang oleh Kerajaan pusat. Pas pernah duduk dalam kerajaan pusat semasa dalam PN. Itu pun Pas gagal bukti apa apa melalui jawatan menteri yang mereka pegang.

Bolehkah Pas kembali duduk dalam kerajaan pusat supaya mereka dapat peluang kedua? Tidak mustahil. Tapi melihat cara Pas berpolitik ia amat sukar.

Pas bergabung dengan parti melayu yang bergantung kepada kekuatan Pas sendiri. Bersatu makin malap. Ia gagal mengganti Umno. Pas perlu sokongan bukan Melayu. Sedangkan Gerakan hanya parti nyamuk.

Justeru sampai bila Pas jadi parti sloganis? Pas kata Bukan budaya PAS cakap kasar dan sakitkan hati jika tak setuju. Tapi pemimpin Pas suka keluar kata kesat seperti bodoh, dajal dan syaitan bisu. MB Selangor dihina “tidak cukup inci”.

Lebih baik Pas kekal sebagai parti “semak dan imbang” sahaja.

Mohd Puad Zarkashi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.