Program Menggilap Bintang SPM Untuk Kejayaan Anak-anak Putrajaya
PUTRAJAYA – Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya dengan kerjasama Majlis Pengetua Sekolah Menengah Putrajaya dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya mengambil inisiatif ini untuk membantu mengekalkan kecemerlangan Putrajaya di tangga teratas ranking Gred Purata Negeri dalam peperiksaan SPM.
Lantaran itu, usaha dilaksana dengan diadakan Program Menggilap Bintang SPM Kertas Bahasa Melayu 2 dan Sejarah 2024 iaitu dua subjek wajib lulus bagi peperiksaan perdana ini.
Hal ini adalah antara keutamaan yang sentiasa dilaksana oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor.
Menerusi Biro Pendidikan Perpaduan UMNO Putrajaya yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, beliau telah menitipkan pesanan kepada para calon bahawa SPM bukan sekadar ujian di atas kertas tetapi batu loncatan yang penting dalam menentukan arah masa depan mereka.
“Usaha keras hari ini adalah penentu kejayaan di masa hadapan dan ia menuntut keazaman kerja keras yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa dan menjadi motivasi kerana banyak tips-tips berguna utk menghadapi peperiksaan sebenar dan ia dibimbing oleh guru-guru berpengalaman.
“Semoga program ini dapat menyuntik semangat baru dan dorongan untuk meraih keputusan cemerlang kerana mereka adalah harapan ibu bapa, guru dan masyarakat untuk melangkah ke menara gading,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau juga melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa mendukung usaha terbabit.
“Jutaan terima kasih buat Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Fadlun Mak Ujud dan YDP Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah Putrajaya merangkap Pengetua SMKP Presint 16/1, Encik Kamaludin Kassim kerana membantu merealisasikan program ini buat kali ke-2.
“Selamat maju jaya kepada calon-calon SPM 2024 Parlimen Putrajaya,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.