Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Sokong Usaha KEMAS, Laksana Bengkel Mantapkan Keupayaan

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa sebagaimana menjadi strategi bagi Kemas.

Dalam hal ini, ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memanfaatkan masa yang ada bagi memantapkan pengerusi dan ahli jawatankuasa Kemas melalui bengkel-bengkel yang diadakan di sini.

Hal tersebut telah direalitikan melalui Bengkel Kecermelangan Kepimpinan dan Kesedaran Aktiviti Kemas Sivik Siri 1 dan 2 Parlimen Putrajaya yang di adakan baru-baru ini.

Majlis perasmian penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim yang turut menyampaikan ucapan dengan menghargai penglibatan mereka yang sentiasa bersama-sama dalam usaha memantapkan masa hadapan anak bangsa. – UMNOPutrajaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.