Berita

Inisiatif ‘Tak Banyak Alasan’: Sumbangan UMNO Bahagian Putrajaya Diteruskan

PUTRAJAYA – ‘Team’ Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai oleh Tengku Muhammed Hafiz bersama Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah meneruskan inisiatif kebajikan sumbangan ‘Tak Banyak Alasan’ dengan menyampaikan bantuan kepada penduduk Fasa 1 Presint 9, di sini.

Sumbangan ini merupakan usaha berterusan dalam meringankan beban penduduk yang memerlukan, khususnya dalam situasi yang mencabar malah mendapat sambutan positif daripada penduduk setempat selain sebagai usaha untuk mendekatkan lagi kepimpinan UMNO dengan rakyat.

Dalam hal ini, para penerima menzahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang tidak pernah berhenti membantu dan memberi perhatian demi kesejahteraan penduduk Putrajaya serta mengakui bahawa kepimpinan beliau terus didamba lantaran membuktikan komitmen dalam menyediakan bantuan yang diperlukan oleh masyarakat.

Diharap agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan untuk memberikan manfaat kepada lebih ramai penduduk, sambil mengeratkan hubungan antara bersama masyarakat setempat.

Apa yang pasti dengan semangat ‘Tak Banyak Alasan’, usaha-usaha kebajikan ini akan terus dijalankan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat di Putrajaya mendapat sokongan yang sewajarnya. – UMNOPutrajaya