UMNO Putrajaya Sempurnakan Ziarah Kasih, Santuni Mereka Yang Uzur
PUTRAJAYA – Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya, yang dipengerusikan oleh Puan Husna Abdul Rahaman, telah mengadakan lawatan ziarah kasih ke Institut Endokrine Hospital Putrajaya dan beberapa kediaman warga Putrajaya, baru-baru ini.
Beliau yang juga juga merupakan Ketua Wanita UMNO Putrajaya bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya telah mewakili Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat.
Dalam lawatan pertama, rombongan Biro Kebajikan ini telah meluangkan masa untuk menziarahi Puan Normaeza yang sedang menerima rawatan di Institut Endokrine Hospital Putrajaya.
Selepas itu, mereka meneruskan lawatan ke kediaman Puan Zahariah dan Puan Nurul Aishah di Presint 9, yang turut memerlukan perhatian dan sokongan moral dalam menghadapi ujian kesihatan mereka.
Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan kepada semua mereka yang sedang diuji dengan penyakit.
“Bersama-sama kita berdoa agar mereka diberi kesembuhan dan kekuatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi kesihatan yang baik kepada mereka,” katanya.
Pihak Biro Kebajikan UMNO Bahagian Putrajaya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dalam usaha meringankan beban mereka yang memerlukan.
Aktiviti seperti ini adalah sebahagian daripada komitmen UMNO Putrajaya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, terutama dalam memberikan sokongan kepada mereka yang sedang menghadapi cabaran hidup. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.