Demi Kejayaan Anak-anak Putrajaya, Program Menggapai Bintang A+ SPM Dilaksana
PUTRAJAYA – Sejajar dengan usaha berterusan dalam melahirkan lebih ramai calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 memperoleh keputusan cemerlang, UMNO Bahagian Putrajaya menerusi Biro Pendidikan Perpaduannya telah menganjurkan program Menggapai Bintang A+ SPM hari ini.
Usaha ini mendapat sokongan padu daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Majlis Gabungan Pengetua Sekolah Menengah Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya yang sudi menaja Dewan Panggung Mawar Sari untuk menjayakan program tersebut.
Program ini telah disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim; Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Putrajaya, Tuan Kamaluddin selian pengerusi biro terbabit, Datuk Hisamudin Yahaya.
Dalam program tersebut, sebanyak 110 pelajar dari 11 buah sekolah dalam Parlimen Putrajaya berkumpul untuk menimba ilmu daripada guru pakar bagi teknik menjawab kertas Sejarah dan Bahasa Melayu Kertas 2.
Semoga anak-anak Putrajaya yang bakal menghadapi peperiksaan SPM akan memperoleh keputusan cemerlang. – UMNOPutrajaya
You must be logged in to post a comment.