UMNO Putrajaya Prihatin: Ziarah Kasih Santuni Warga Setempat
PUTRAJAYA – Ketua Wanita UMNO Putrajaya, Puan Husna Abdul Rahaman, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Putrajaya, bersama AJKnya, telah melakukan ziarah ke beberapa individu yang memerlukan perhatian dan kebajikan di sekitar kawasan ini.
Kunjungan pertama yang dibuat sebagai mewakili Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor adalah ke Institut Endokrine, Hospital Putrajaya iaitu menziarahi Encik Mohd Ghazali yang sedang menerima rawatan.
Seterusnya, mereka mengunjungi Puan Salwa Shokri, Ketua Puteri UMNO Bahagian Putrajaya, di kediamannya di Presint 16 yang baru menerima cahayamata kedua.
Rombongan tersebut turut meluangkan masa untuk menziarahi En. Muhammad Fahmi yang sedang terlantar sakit di kediamannya di PPAM Seruling, Presint 5. Kunjungan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Biro Kebajikan UMNO Putrajaya dalam memberikan sokongan moral dan bantuan kepada ahli UMNO serta penduduk yang memerlukan.
Puan Husna juga menegaskan komitmen UMNO untuk sentiasa berada di sisi rakyat dan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada golongan yang memerlukan, terutama dalam situasi kesihatan yang mencabar.
“Kehadiran kami adalah simbolik sokongan dan kasih sayang daripada UMNO Putrajaya. Kami berharap dapat membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan,” ujar Puan Husna.
Dengan inisiatif seperti ini, UMNO Putrajaya terus berusaha mempererat hubungan antara parti dan masyarakat melalui program-program kebajikan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. – UMNOPutrajaya