Aktiviti & Komuniti

UMNO Putrajaya Terus Komited Bantu Pelajar Dengan Program Kami Boleh SPM 2024

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim, baru-baru ini telah mengadakan sesi turun padang dan menyampaikan sumbangan Fasa 2 untuk kelas Intensif Bahasa Melayu dan Sejarah bagi ‘Program Kami Boleh SPM 2024’.

Ujarnya, program ini bertujuan untuk membantu pelajar mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang, dengan memberikan bimbingan intensif dalam subjek-subjek penting.

Dalam program ini, Datuk Ahmad Faisal turut merakamkan penghargaan kepada sekolah-sekolah yang telah menerima kehadiran PEWARIS/MPP Zon Putrajaya.

“Terima kasih kepada pihak sekolah yang telah menerima kehadiran kami. Semoga dengan usaha dan sokongan yang diberikan, anak-anak di dalam Kelas Intensif Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Program Kami Boleh SPM 2024 akan dapat lulus dengan cemerlang dan mencapai kejayaan 100%,” ujarnya.

Sekolah-sekolah tersebut adalah:
1. SMK Presint 8
2. SMK Presint 9(1)
3. SMK Presint 9(2)
4. SMK Presint 11(1)
5. SMK Presint 11(2)
6. SMK Presint 5
7. SMK Presint 16
8. SMK Presint 18

Program ini adalah inisiatif bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan mereka dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah, yang merupakan antara subjek utama dalam SPM. Dengan latihan intensif dan bimbingan dari tenaga pengajar yang berpengalaman, diharapkan pelajar-pelajar ini dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti. – UMNOPutrajaya