Isu Semasa

YAB DSZH pembuka pintu kebenaran

Sebentar tadi di Mahkamah Rayuan, Peguambela YBhg DSNR @ Bossku TS Shafee telah menunjuk dan mengesahkan titah addendum yang diperolehi dari Istana Pahang adalah sah dan wujud kebenarannya. Dimedia sosial juga berlegar salinan surat dari Istana Pahang. Fasa teka-teki ada atau tidak titah addendum telah selesai.

Pertaruhan YAB DSZH yang memperjudikan nasib politiknya bila menyaman kerajaan dengan affidavit sokongan telah berjaya. Jangan kata YAB DSZH “tak payung” dalam kes titah addendum ini. Ramai dikalangan “haters DSZH” cuba menutup peranan penting yang dilakukan oleh YAB DSZH. Pelbagai kata nista, cemuhan dan kutukan dilemparkan kepada beliau tetapi seperti biasa, sikap YAB DSZH yang sentiasa berserah kepada ALLAH SWT dan hari ini terbukti beliau benar malah geng-geng “cencaru makan petang” tumpang semangkuk dengan risiko dan hasil tindakan berani matinya. Dalam bahasa pasar aku yang buka pintu korang yang masuk ramai-ramai.

Bagi YAB DSZH biarlah ramai diluar sana yang claim dan curi kredit, yang paling penting perjuangannya untuk sahabat sejatinya Bossku terbela dan berjaya. “A true friend never apart maybe in distance but never in heart”. Itu yang ditunjukkan oleh YAB Presiden UMNO DSZH. Tidak dilupakan juga YAB Naib Presiden DS Wan Rosdy yang turut menjadi watak ke 2 penting dalam hal titah addendum ini.

Akhir kata, paradox of life, manusia akan menilai kejayaan diakhirnya bukannya diawalnya. Itulah yang terjadi kepada YAB DSZH tetapi ALLAH SWT Maha Mengetahui. Menang kalah bukan soalnya yang penting kebenaran terserlah buat dirinya. Aminnn

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.