Salam Israk Mikraj: Tengku Adnan Seru Bersama Perkukuh Hubungan Dengan Allah
PUTRAJAYA – Israk Mikraj yang disambut umat Islam seluruh dunia pada 27 Rejab dalam setiap tahun kalendar Hijrah, memperingati peristiwa penting apabila solat waktu difardukan dan Nabi Muhammad SAW menyaksikan sendiri kebesaran Allah SWT.
Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru semua umat Islam untuk bersama-sama mengambil tauladan daripada peristiwa Rasulullah SAW.
Ujarnya, perjalanan Nabi Muhamad SAW melalui peristiwa Israk dan Mikraj amat besar dan perlu diaplikasi dengan terus mentaati perintah Allah.
“Salam Israk Mikraj 1446H saya ucapkan buat semua. Marilah kita sama-sama memperkukuh hubungan dengan Allah SWT di samping meningkatkan ketakwaan serta istiqamah untuk menjadikan solat sebagai keutamaan dalam kehidupan,” katanya. – UMNOPutrajaya